.
Dulu2, time sekolah, bosan setiap hari dengar perkataan ‘kerja sekolah’. Bosan dengar perkataan ‘homework’. Selalu berangan teringin nak menyebut ‘assignment’ ataupun ‘group assignment’. Pernah la juga dulu dalam kelas, tergedik mengade2 menyebut kerja sekolah sebagai ‘assignments’. Lepas tu muka masing2 dah macam terpelik2. Sebab menyebut perkataan itu adalah semacam ’sesuatu’. Tak dapat nak feel ‘assignment’ tu macam mana rupanya. Akhirnya, semua seakan2 tobat tanak menyebut lagi perkataan ‘assignment’ tu hanya sebab feel tu tak ada. Boleh? Ngaaaaaa~
.
Sekarang, selepas hampir 4 tahun bergelar pelajar universiti (gile dah 4 tahun aku kat sini?!?!), setiap hari menyebut ‘assignment’, dah tak kekok lagi. Nak menyebutnya pun dah tak ada segan silu lagi sebab itu adalah perkataan yang sentiasa bermain dibibir setiap orang di sini. Tak macam waktu kat sekolah dulu, bila seorang sebut, konon2 nak jadi trend-setter, terus kene kutuk kaw2 punyaa~! Sekarang, sebut la berapa banyak kali pun kau suka, tak ada sesiapa pun nak kutuk. Kalau kau kata kau nak buat ‘assignment’ dengan boifren kau pun orang dah tak ade nak fikir apa2 pun. (Yeke?) Bole jadi boifren kau pun adalah classmate kau, kan? Tapi, apa yang penting adalah niat. (Buat apa pun, niat kena baik, kena bersih, kena ikhlas. Barulah nanti setiap pekerjaan dipermudahkan, dan Insya Allah kurang halangan. - Dato’ B, 2009)
.
Ok, berbalik kepada ‘assignment’ tadi, semalam, baru sahaja mensubmit satu report ‘assignment’. Kelmarin, baru lepas membuat presentation. Walaupun bukan aku la yang present, aku tetap cuak. Masuk kelas buat muka ketat, sampai kena tegur dengan member sekelas sebab aku tak banyak bunyi macam selalu. Haha~kantoi selalu buat macam2 bunyi dalam kelas~
Duhh~ haruslah aku buat muka ketat, dalam hati aku, kau tahu macam mana?? Kalau tak tahu, baik diam. Terasa ’sesuatu’ di kepala. Terasa ’sesuatu’ di dalam hati juga. Penangan ‘assignment’ la nih! Ok, takpe. Masih boleh handle lagi nih. C’mon laaa~ Itu cerita kelmarin.
…
…
…
…
(..kehilangan idea untuk menulis. blog-walking sebentar… iklan~~)
…
…
…
…
(terbaca sebaris ayat dari blog yang disinggahi. hati rasa ’sesuatu’. patut ke ada rasa macam ni? tak sedar, tiba2 ada ‘air jatuh dari langit’, menitik atas touch-pad lappy nih. bilik gelap. ada cahaya lilin Green Apple Scented yang malap2 dan bauan romantiknye je, tak nampak kotak tisu letak mana. kesat je dengan sarung bantal sebab tengah peluk bantal. sarung bantal warna hitam putih corak leopard, ape nak kisah nampak comot ke hape. ‘air hujan’ je kot~ huhuhu~ sumpah sangat menyentuh perasaan. it is a BIG mistake to have it! i mean ‘was’, not ‘is’. ada rindu di sini.)
…
…
…
…
Ok, dah! Mari sambung cerita ‘assignment’…
…
…
Semalam petang pula, datang kelas sebab nak submit report, dan mentengok group lain buat presentation. Presentation group kami pulak nasib baik la minggu depan. Pheww~!! Seharian, semalaman tak tidur gara2 mengedit report sebab akulah tukang mengedit dan mengcompile semua sekali. Ok la. To be honest la, sejak 4 tahun aku kat MMU ni, nih first time aku jadi group leader untuk assignment. First time mengedit report orang. First time compile. FIRST TIME OK~! Mak jakun sekejap uols. Jangan heran ye.. Dan aku rasa, assignment ini adalah huru-hara! Bye! (Bye! itu membawa maksud ‘no more explanations’)
.
Semalam petang ada gegaran gempa bumi ke? Atau aku sorang je yang rasa? Errr~ aku sorang je yang rasa kot? Nak melintas jalan, sambil berdiri atas divider, menunggu jalan clear, aku peluk tiang lampu. Terasa bumi bergegar dengan sungguh dahsyat! Dramatik tak? Tak tipu! Itu nasib baik aku tak rebah atas divider time tu jugak~! Kau nih dahsyat betul la! Nak attack pun tengok2 la tempat dan keadaan. Dah kalau aku tetibe tergolek atas divider tu, kat sape pulak diorang nk refer aku, kan? Kalau tergolek sensorang kat dalam rumah sendiri tu mungkin masih consider selamat lagi la. Mungkin. Kalau bukan kes kritikal.
…
…
…
…
…
…
(baca blog lain pulak. blog nih ade sebut2 pasal nombor. bukan nombor ekor ok! aku terus la capai satu2nya calculator saintifik yang aku ada. harus di ingatkan, keadaan bilik aku sekarang adalah gelap gelita, hanya ada cahaya lilin yang malap sahaja. calculator dah dalam tangan. tekan2 button tertentu untuk on. tekan2 lagi. tunggu. tekan2 lagi. tunggu. dalam hati cakap “takkan ghosak pulak?!”. lepas tu, cuba anda teka apa terjadi? ………………………. tak dapat? ok. biar aku btau. calculator saintifik mana ada lampu kat skrin dia. yang aku tunggu2 td tu sebab tunggu skrin dia keluar lampu la. memang tak la nak keluar lampu! tepuk dahi sendiri sebab sangat bijak! terus simpan calculator tu, terbantut niat nak mengira. tak apa. esok masih ada. esok boleh datang lagi ke blog itu, dan sambung mengira. hahaha! jangan ketawa! hesshhh~!!)
.
.
.
.
.
Tetibe terasa macam nak stop kat sini saje. Tapi ada banyak lagi nak share. Ah, aku penulis. Suke hati aku la nak sambung atau nak stop. Kan? Byee~!!
.
.
.
* P/S : Tolonglah jangan tanya kenapa aku macam sawan nak cerita semua panjang berjela kat sini sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa.
.
.
[* A Lover & A Fighter at the same time *]
Latest 'HOT' Comments