Hari Khamis yang paling tak kena
Hari ini, hari paling tak kena. Hari Khamis. Memang hari ini hari Khamis. Kenapa hari Khamis perlu jadi hari yang paling tak kena??
.
.
Pagi-pagi, bersemangat bangun nak pergi kelas tutorial 8 pagi. Ada orang tolong kejutkan. Tengkiu…~!! Mwah Mwah Mwah~!!! *tergedik sekejap* Lepas tu, aku pulak mengejutkan orang. Bersiap ala kadar sebab kelas 1 jam je. Kelas seterusnya adalah pukul 5 petang pula, terus sehingga jam 8 malam. Fuhhh~!!
.
Belum keluar rumah lagi sudah bernasib malang. Keluar bilik nak menuju ke pintu rumah, terlanggar sofa. Kalau sofa empuk takpe la jugak. Nih sofa berkaki kayu! Sakit kaki aku dowhh~!!! Keluar rumah, siap kunci pintu semua skali, mesti la kena simpan kunci masuk dalam beg. Kan? Tapi… Belum sempat masuk dalam beg, kunci yang segugus tu buat terjunan bebas ke dalam longkang pulak! Nasib baik terjun ke dalam longkang kecil dalam kawasan rumah. Nasib baik jugalah longkang tu kering dan bersih! Kalau terjun masuk dalam longkang kotor dan busuk di luar kawasan rumah, maunya aku menangis sambil hentak-hentak kaki. Terus mogok tak mahu pergi kelas sampai hari Jumaat. Erhhh~ ok. Tak payah mengada2. Hari Jumaat memang aku tak ada kelas pun!
.
Keluar dari kawasan rumah, tapi masih di depan rumah, tiba-tiba MACAM ternampak kelibat manusia yang tak disukai. Terus moody. (Owh.. memang ada ramai manusia yang aku tak suka lately ni. Manusia yang menjengkelkan, perasan bagus dan perasan paling baik dalam dunia.) Kenapa pagi yang indah dan ceria ini harus dimulakan dengan terlihat muka yang penuh dengan bau, rasa dan rupa bentuk yang sama sebiji macam longkang penuh najis? Pagi-pagi sudah memaki dan mengeji orang. Kau memang men-spoil mood aku untuk sepanjang hari ini lah!
.
Bila sampai turn nak melintas jalan, di traffic light, nampak macam tak ada kereta yang menunggu di situ, aku terus je menonong jalan. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba pulak jadi blur. Fikiran macam kosong, macam tengah tak ada perasaan apa-apa sewaktu melintas jalan tu, walhal tadi keluar rumah saja sudah memaki menyumpah seranah orang. Fikiran dan perasaan yang kosong tu berterusan sampai la masuk kampus. Dah macam mumia berjalan je rupanya. Nasib baik muka dan gaya senonoh sikit. Tak ada la modal untuk orang kata ‘Syaff Hebat selekeh!’…
.
Keadaan aku yang semacam itu telah membuatkan kaki aku melangkah sampai ke bangunan FBL, menunggu lif dengan sabar sebab ade berduyun-duyun manusia yang menunggu turn 2 lif yang lembab itu. Naik ke tingkat 3. Dah sampai atas, keluar lif, tengok jadual. FSER 3023. Diulangi, FSER. Lain bebenar dari FBL. Time tu aku rasa macam nak histeria sambil menggoncang bangunan. Rasa macam nak bertukar jadi rasaksa kaler pink, yang badannya penuh dengan bling bling pun ada! FSER laaaaa, bukan FBL~!!!!! Tengok jam - dah lewat 10 minit. Terus turun tangga macam kena kejar perompak. Di lobby FSER, kene tunggu lif lagi. Perghhhhhhh~!!!! Sampai kelas, kelas dah start. Lost lagi. First time masuk kelas ni sebab first kelas haritu TER-skip. Tak faham apa-apa. (Acik Syap kan memang suka TER TER ni… , [Yana, 2009]) Tiba-tiba dapat groupmate untuk assignment dengan foreigner. Why do I hate foreigner so much ek? Ntah!
.
So, boleh ke hari ini dikatakan sebagai hari yang serba tak kena? Ni baru kejadian di pagi hari. Belum petang. Belum malam. Haihhhhhhhhh~~~!!!!
.
P/S : 2 paket milo Ais Kool = milo pekat boleh la kot untuk memperbaik-pulih mood aku pagi ni.. Terasa kehilangan, terasa kekosongan. Deep inside here… ![]()
.
.
[* A Lover & A Fighter at the same time *]
.






November 8th, 2009 at 10:18 pm
wow…sungguh adventure hidup kamu
November 9th, 2009 at 2:39 am
amboii~ nk berahsia pulak..
haa… adventure kan?
barulah teruji sket kehebatan…