Belon IKEA (”,)
Hot Air Balloon
.
Ahad lepas pergi tengok belon demokdemok bumbum kat Putrajaya. Sampai sana dah hampir tengah hari jugak la. Kalau sampai awal sikit pagi2, mesti dapat tengok belon2 lain. Waktu kami sampai tu ade 2 biji je yg kembang, dibuka untuk public naik. Terbang naik pun tak sampai 10 meter je. Alahaiii~
.
.
Tapi agak kecewa jugak la bila sampai2 sana je tengok ‘Ticket Sold Out’. Queue yang nak naik pun panjang Nauzubillah. Dengan cuaca yang panas terik tu lagi. Berpusing, berposing, bertawaf seluruh (tak seluruh sangat la kot..) tapak fiesta, akhirnya aku tumpas. Tak tahan panas terik yang membara-bara. Terus jadi lemah longlai. Muka yang merah padam akibat kepanasan, terus bertukar pucat lesi. Errr.. yang sebenarnya tak makan apa pun dari pagi.
.
Ini lah masalahnya. Aku boleh tahan tak makan seharian dengan syarat aku tak buat apa2 kerja berat atau berjalan2 di bawah terik matahari (atau dalam erti kata lain : tidak kepenatan). Tapi kalau aku buat kerja2 berat, berjalan di bawah terik matahari, dan kepenatan, maka dengan tak relanya aku akan segera tumpas. Nak pergi mendekati kawasan Water Ball kat tasik tu pun aku tak larat. Padahal nak sangat cuba kalau berpeluang baik. Terkilannye~!!
Tak mahu aku terus tumpas, aku diheret di bawa pergi makan. Tahu tak dalam keadaan yang hampir tumpas macam tu, segala apa yang cuba melalui tekak adalah sangat sukar? Aku makan dengan tak relanya. Tapi demi untuk mendapatkan tenaga, aku gagahkan diri juga mengunyah walaupun tak habis. Dan iya. Semestinya aku harus mendapatkan cecair yang manis untuk memberikan sedikit tenaga tambahan.
.
Balik dari Putrajaya, terus balik ke rumah tumpangan. Terbongkang sampai ke petang sehinggalah ada yang call mengejutkan ajak pergi IKEA. Terus segar I tell You~!!!
.
IKEA
.
Ahad malam pergi IKEA. Tahu tak betapa terujanya aku bila masuk IKEA tu?! No. This is not my first time masuk IKEA. Sebelum nih dah beberapa kali juga la masuk, tapi tanpa ada sebarang perasaan pun. Kali ni, masuk dengan perasaan teruja yang amat sangat. Baru bulan lepas (atau 2 bulan lepas) bercakap2 pasal perabot rumah dan dekorasi dalaman rumah menggunakan produk IKEA dengan seorang rakan. Dan kebetulan pula dapat pergi dengan rakan itu juga. Excited ok! Setiap ceruk pelosok aku masuk dan tarik dia sekali. Dia kata aku macam budak-budak. Baeklah. Baeklah. Memang aku budak-budak lagi punn.. ~_~
.
Aku tak tau kenapa aku teruja gile tengok sofa-bed dan lampu. Dan katil. Dan cermin juga. Errr.. sangat berciri emak-emak kan dah fikir nak mendekorasi rumahtangga pulak? Haha..pedulik apa! Aku suka tengok cara-cara IKEA menyetelkan masalah ruang yang kecil supaya tak nampak serabut. SUKA SANGAT-SANGAT OK~! Rasa macam meroyan nak semua barang dalam rumah WAJIB ada barang IKEA. (ehemm..can you hear me? :D) Ikutkan nafsu serakah, memang nak borong terus semua. Tapi masalahnya nanti nak sumbat mana? KENAPA MELAKA TAK ADA IKEA? Menyampah ok~!! Tapi tak nak menghampakan hati, beli Green-Apple Scented candle je. Even masih dalam package lagi, satu kereta dah bau manis. Nasib baik la masih waras. Kalau tak, dah habis semua lilin tu aku kunyah2. Sekarang bilik bau manissss~~ I loikeee~!!
.
.
[* A Lover & A Fighter at the same time *]







March 29th, 2010 at 10:33 pm
kecik ati tak ajak aku!! huh! huh!
March 30th, 2010 at 1:08 am
engkau kat mana pulak time tu kan?
lempau lelaju maukah??
next time kite g sesame ok…
tggu PNA kluar dlu..