.
Di bawah ini adalah perbualan komen2 di Facebook seorang kenalan.
.
cik A : ‘awk awk awk’ ! Tadi kan kita nampak ‘awk’ dengan ‘dia’ baru balik tarawikh!
‘Awk’ : HEE dekat masjid *tut* yer?
cik A : tak. dalam kereta baru balik lah kot. tapi tau la baru balik tarawikh sbb ‘awk’ bertelekung dalam kereta tu. hee.
‘dia’ : muahahahahhah , stail kan
cik A : stail2. suka la tgk korang!
‘Awk’ : Ahha. Betol lah tu sayang. HEE cumel kan perempuan bertelekung tu. HIHI
‘dia’ : muahaha , nasib laki tu tak berserban kan ! haha
.
.
Aku tersentuh membaca komen2 itu. Aku tersentuh membaca ayat2 itu. Sebelum ni, dalam ‘perhubungan’ sebelum ni, aku mengharapkan perkara sebegini yang akan aku lalui mengenangkan usia perkenalan yang sangat lama itu. Mengharapkan perkenalan dan perhubungan itu akan berkekalan. Tapi semakin lama, semakin jauh. Namanya sms suruh aku solat pun tak ada bayang langsung. Bukan ke hidup berpasangan ni kena saling ingat-mengingatkan dan menyuruh-melarang buruk baiknya sesuatu perkara? Apa nak dimalukan kalau pasangan sendiri yang menegur? Kalau orang lain yang tegur, lagilah anda bengang dan segan kan?
.
Dulu aku selalu membayangkan yang ’so-called-mr-partner’ tu jadi Imam aku utk solat, selalu ajak aku bertarawikh bersama, selalu ajak aku berpuasa sunat bersama dan melakukan segala macam kebaikan bersama. Tapiiii… *anda sambunglah sendiri* Aku ajak pergi kelas bersama2 je pun dah malasss, ape lagi yang lain2. Aku bukan nak cakap aku ni baik sangat. Aku pun ada jahatnya juga. Aku mengaku dengan seikhlas hati. Tapi adakalanya bila dah puas2 enjoy, dah puas2 lupa diri tu, bawak2 la ingat Tuhan juga. Hidup kan kena balance, barulah kita dapat menikmati hidup dengan sempurna dan berjaya. Betul?
.
Aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Semakin banyak aku tulis nanti semakin banyak lagi aku menyakitkan hati orang. Nanti semakin panas la blog aku ni. Niat dan tujuan aku hanya satu : Aku mahu setiap hasil tulisan aku dibaca dan difahamkan agar apa yang aku cuba nak sampaikan ni dapat diterima semua orang. Bukan setakat baca. Tapi bila dah baca, kalau terasa hati dengan mana2 tulisan, cuba muhasabah diri sendiri. Fikir, “betul ke orang tu cakap aku macam ni?”. Aku selalu baca blog orang sampai menangis2, walhal tulisan tu bukan dituju kepada aku pun. Itu kan lebih baik daripada orang tujukan direct kepada kita? Terlebih dahulu sedar diri lebih baik daripda disedarkan oleh orang lain.
.
Aku berharap aku dapat jumpa orang yang aku harap2kan itu kelak. Orang yang dapat membimbing aku. Orang yang dapat mengubah aku. Orang yang dapat menegah aku melakukan keburukan. Insya Allah.. Amin.
(Maaf jikalau menyinggung mana2 pihak. Tapi ini sekadar luahan. Cerita di sini, sama je macam cerita kpd orang perseorangan, cerita tu tetap tersebar. Jadi, daripada aku cerita belakang2 tanpa pengetahuan empunya diri, baik aku cerita terus terang2 mcm ni. At least, bila dah terasa, bole2 la mehasabah diri sendiri juga. KAn?? )
.
.
[* A Lover & A Fighter at the same time *]
.
Latest 'HOT' Comments